Print

PRK DUN SG LIMAU : MOTIVASI BERGANDA BUAT PETUGAS PEMUDA

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan pengumuman Ustaz Azam Samad, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai sebagai calon bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau seperti yang dimumkan  oleh Presiden PAS semalam.


DPPWP menganggap pengumuman Ustaz Azam sebagai calon PRK DUN Sungai Limau sebagai suatu penghormatan kepada golongan pemuda untuk menggalas tugas sebagai calon bagi PRK tersebut. Ia sebagai amanah yang besar kepada golongan pemuda untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan tercapai dalam PRK Dun Sungai Limau. DPPWP yakin, pengumuman tersebut juga memberi inspirasi kepada petugas PAS seluruh negara bagi bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dalam PRK kali ini.

Dalam pada itu, DPPWP telah menggerakkan seluruh jentera dan petugas pemuda PAS WP bagi membantu jentera PRK di Sungai Limau. Setakat hari ini, kesemua pemuda kawasan  telah memberikan komitmen yang tinggi dan bersemangat bagi memastikan kemenangan dapat dipertahankan. Beberapa gelombang yang dicetuskan sebagai pemangkin gerak kerja bermula minggu ini sehingga berakhirnya PRK Sungai Limau mampu dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

Dengan pengisytiharan calon pemuda sebagai calon PRK Dun Sungai Limau, ia menaikkan motivasi serta semangat bekerja luar biasa kepada seluruh jentera pemuda khususnya dari WP. Insyallah, dengan kekuatan yang ada, doa, iltizam dan keikhlasan dari semua pihak DUN Sungai Limau akan mampu dipertahankan.


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

 

 

 

 

Download from BIGTheme.net free full premium templates