\

Print

TURUN DATARAN MERDEKA TANDA SOLIDARITI UNTUK RAKYAT

Sempena hadiah tahun baru 2014 dengan kenaikan pelbagai harga barang oleh Kerajaan UMNO BN pimpinan Perdana Menteri Najib, pemuda PAS mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk turun ke Dataran Merdeka pada malam tahun baru yang tinggal beberapa hari sahaja lagi dari sekarang.


Ini bukan himpunan menggulingkan kerajaan tetapi himpunan ini adalah hak demokrasi mengikut lunas-lunas perlembagaan untuk menyatakan hasrat dan perasaan rakyat menyambut tahun 2014 dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

Saya akan turut sama di Dataran dan seluruh pemuda PAS peringkat negeri akan berperanan untuk membangkitkan kesedaran dan menggembeling  tenaga rakyat agar turut serta malam 31 Disember 2013 nanti.

Saya tegaskan. Kita tidak berhasrat menggulingkan sesiapa dalam himpunan ini kerana kita masih percaya dengan sistem pilihanraya untuk menurunkan pemerintah tetapi malam 31 Disember 2013 ini merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap lebih kurang 27juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yg amat mendadak ini.

SUHAIZAN KAIAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

 

 

 

 

Download from BIGTheme.net free full premium templates