Articles

Print

TINDAKAN SEGERA KE ATAS TAN KENG LIANG! - Setiausaha Pemuda PAS

Written by Abdul Hadi bin Ghazali.

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

TINDAKAN SEGERA KE ATAS TAN KENG LIANG !

01 Dzu al-Hijjah 1433 bersamaan 17 Oktober 2012

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Keng Liang merupakan satu bentuk fitnah kepada PAS. Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Gerakan Negeri Kedah menulis di dalam laman sosial twitternya seolah-olah cuba menghasut dan meniup api kebencian kepada masyarakat non Muslim terhadap Islam.

Antara tulisan beliau yang sempat Dewan Pemuda PAS Malaysia rakamkan dari laman twitternya adalah ;

1. Kedah govt latest billboard Dress Code against non Muslim (male & women) clear attempt by PAS to trespass into non Muslim lives

2. Imagine what will happen if PAS seize Putrajaya.. all Malaysians athletes.. inc non muslim must wear long pants & shirts with sleeves.

3. Now.. Kedah PAS govt advise Male model appearing in Billboard to wear decently & not to wear shorts. Why? Afraid ‘jambus’ in PAS get aroused?

Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, tulisan beliau ini sudah cukup untuk mendakwa beliau memfitnah PAS dan cuba membangkitkan sentimen kebencian rakyat khususnya masyarakat bukan Islam kepada Islam.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga dimaklumkan hari ini Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi. Selain itu, terdapat juga beberapa Dewan Pemuda PAS kawasan yang bertindak membuat laporan polis ke atas Ketua Pemuda Parti Gerakan Negeri Kedah ini.

Oleh kerana beliau telah mengeluarkan kenyataan fitnah seperti ini dan kenyataan ini juga bersifat hasutan, maka Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar setiap negeri membuat laporan polis agar beliau dikenakan tindakan undang-undang di atas kenyataan beliau ini.

Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah merupakan satu usaha yang murni dan wajar untuk dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan negeri di negara ini kerana ianya dapat membendung gejala sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja pada masa kini.

Tan Keng Liang tidak sepatutnya mempertikaikan usaha murni kerajaan negeri Kedah untuk meminimumkan kerosakan akhlak dan gejala sosial masyarakat.

 

Disediakan oleh ;

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL

Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Download from BIGTheme.net free full premium templates