Articles

Print

BELASUNGKAWA BUAT SENIMAN NEGARA S. SHAMSUDIN

Written by Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum S. Shamsudin yang telah meninggal dunia semalam di Singapura.


DPPM menganggap pemergian almarhum ke rahmatullah merupakan suatu kehilangan yang sukar dicari ganti. Beliau adalah permata yang hilang, menjadi ikon dan contoh baik kepada generasi muda. Dengan penampilan sederhana, beliau amat merendah diri serta tidak sombong bersahabat dengan sesiapa jua.

Generasi awal termasuk anak-anak muda hari ini masih menonton aksi lucu dan kelakar beliau dalam filem-filem komedi tahun 1950 dan 60an. Masih terngiang-ngiang lawak spontan serta skrip bersahaja beliau dalam lakonan. Tidak dapat terlupakan aksi beliau bersahabat dengan trio yang menggamatkan pentas lakonan seperti Almarhum Tan Sri P Ramlee, Datuk Aziz Sattar dan beliau sendiri sehingga menjadi bualan buat beberapa dekad lamanya. Sememangnya banyak filem lakonan beliau bersama Almarhum Tan Sri P Ramlee dan Datuk Aziz Sattar mempunyai mesej jelas mahupun tersembunyi serta mampu menjadi pengajaran berharga buat masyarakat.

Semoga keluarga almarhum tabah menghadapi ujian yang melanda ini. DPPM juga mendoakan semoga roh almarhum ditempatkan disisiNya sebagai hamba yang soleh dan mendapat tempat yang mulia di sisiNya. Alfatihah.

HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

 

 

 

 

Download from BIGTheme.net free full premium templates